Pengenalan
Selaras dengan visi Yayasan Perak iaitu Menjadi Agensi Peneraju Pembangunan Modal Insan yang Unggul, Dinamik dan Bertaraf Global ke Arah Kesejahteraan Negeri Perak menjelang 2030, pembangunan kepimpinan adalah salah satu teras yang diberi penekanan oleh Yayasan Perak.
Yayasan Perak melihat ruang untuk program ini boleh juga dipanjangkan kepada semua penjawat awam Negeri Perak untuk meningkatkan kualiti penjawat awam Negeri Perak.
Kejayaan perlaksanaaan Perak Sejahtera 2030 juga menuntut prestasi dan effisiensi yang tinggi daripada setiap penjawat awam. Oleh yang demikian penjawat awam Negeri Perak ini harus dipersiapkan untuk menuju matlamat tersebut.
Program Pembangunan Eksekutif atau “Executive Development Programme” (EDP) ini juga bersifat pembangunan modal insan yang holistik dan teratur kerana kompetensi-kompetensi yang diperlukan telah dikenalpasti dan pegawai-pegawai dibangunkan melalui program yang tersusun dan teratur.
Objektif
- Melahirkan generasi pemimpin yang berkualiti serta berkeyakinan tinggi.
- Mewujudkan nilai, sikap, dan etika profesionalisme dalam diri agar melaksanakan tanggungjawab dengan berintergriti, amanah dan profesional.
- Meningkatkan tahap kemahiran kepimpinan ke arah yang lebih proaktif dan berkesan.
Sasaran
- Pejawat Awam Negeri Perak
- Warga IPTA & IPTS
- Kakitangan awam / GLC / swasta
- Pemimpin tempatan